Ayam Brand

Ayam Brand atau Ayam adalah sebuah syarikat pemprosesan makanan yang diasaskan pada tahun 1892 di Singapura. Ayam Brand mengeluarkan lebih daripada 60 juta tin makanan setahun dan menggaji sekitar 1,000 orang pekerja. Produk utamanya adalah ikan yang ditinkan (sardin, mackerel, tuna), bahan-bahan Asia (kelapa, sos dan pes Asia), buah-buahan dan sayuran tin, terutamanya kacang panggang.Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna yang dilakukan oleh Synovate meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama di Asia, di atas nama-nama yang terkenal sperti Nissan, L'Oréal, Heinz, atau American Express.[1]

Ayam Brand

Tempat dibekalkan Singapura, Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Jepun, China, Australia, New Zealand, India, Perancis, Sweden, Portugal, United Kingdom & Vietnam
Industri Pemprosesan makanan
Pemilik Ayam S.A.R.L.
Induk Kumpulan Syarikat Denis Frères
Bilangan pekerja 1,000+
Perancang utama Ting Seng Hee, Fabien Alexandre Reyjal
Ibu pejabat Selangor, Malaysia
Pengasas Alfred Clouet
Laman sesawang www.AyamBrand.com
Keluaran Sardin, mackerel, tuna, kelapa, sos dan pes Asia, buah-buahan, sayuran, kacang panggang
Ditubuhkan 1892; 128 tahun yang lalu (1892) di Singapura
Jenis Sendirian Berhad